Friday, September 11, 2009

Aqidah Muslim

MUQADDIMAH

Kisah keimanan ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud adalah antara tauladan yang wajar diamati ketika membincangkan soal aqidah,tauhid,shahadah dan hal-hal yang berkaitan.

“Ashabul Kahfi adalah segolongan pemuda yang beriman dengan Allah. Mereka berpegang dengan aqidah yang betul bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Iltizam dan kuatnya pegangan mereka terbukti apabila mereka dihadapkan kepada raja mereka yang zalim. Demi mempertahankan aqidah suci ini, mereka terpaksa menyembunyikan diri mereka di dalam gua . Lari bukan kerana takut , tetapi lari demi aqidah yang ingin dipertahankan.”

“Kisah Ashabul Ukhdud pula menceritakan tentang segolongan pembesar negeri yang kejam terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah. Mereka menggali parit dan menyalakan api hingga seluruh parit marak dengan api. Mereka melakukan pembunuhan kejam terhadap orang-orang yang beriman dengan mencampakkan mereka kedalam api dan menyaksikan pembunuhan itu dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Orang-orang beriman yang dibakar itu tidak melakukan apa-apa dosa kepada mereka kecuali beriman dengan Allah.”

MAKSUD AQIDAH DARI SUDUT BAHASA DAN ISTILAH

Dari sudut bahasa berasal dari masdar bermaksud ikatan atau simpulan. Diumpamakan ; tali yang ada ikatan atau simpulan memudahkan tangan berpaut. Manakal bagi haiwan , ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwanagar hidup dalam keadaan aman. Haiwan yang buas atau jinak tanpa ikatan , pasti akan menimbulkan masalah kepada manusia. Begitu juga dengan hidup manusia, ia memerlukan ikatan yang dapat menjamin keharmonian manusia di dunia dan akhirat.

Dari segi istilah, ia bermaksud keimanan yang teguh dalam jiwa hingga tidak mungkin terurai . Ia juga bermaksud percaya sungguh-sungguh dan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan melaksanakannya dalam kehidupan. Wahyu pertama diturunkan (Al-A’laq) menjelaskan aqidah yang sempurna.

KONSEP TAUHID

Asas kepada Aqidah ialah tauhid kepada Allah. Tauhid dalam Islam ialah inti dari Islam itu sendiri.

Tauhid dari segi bahasa: Mengesakan Allah.
Dari segi istilah : Beriktikad dan percaya Allah Tuhan yang Esa dan tiada sekutu baginya.

Secara ringkas : Orang yang mentauhidkan Allah ialah orang yang meyakini bahawa Allah adalah satu-satunya yang mencipta alam dan mempunyai sifat-sifat dannama-nama yang maha sempurna dan Dia sahaja yang layak disembah. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah, Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan tempat bergantung segala sesuatu . Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak sesuatu pun yang setara dengannya.” (Al-Ikhlas : 1-4)

Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian :

1. Tauhid Rububiyyah

Beriktikad bahawa Allah adalah tuhan langit dan bumi serta meyakiniNya sebagai Tuhan pencipta makhluk dan alam. Dia tidak mempunyai sebarang sekutu . Dia juga Pemilik segala urusan dan alam seluruhnya, pemberi rezeki kepada seluruh makhluk yang hidup serta mentadbir alam . Kepercayaan ini dimiliki oleh semua manusia yang beragama atau tidak.

2. Tauhid Uuhiyyah

Meyakini bahawa hanya allah sahja yang berhak kita perhambakan diri dengan seluruh jiwa dan raga(rohani dan jasmani). Firman Allah yang bermaksud:

“Perhambakan diri kamu kepada Tuhan kamu sehingga datang kepada kamu keyakinan (kematian)”

Beriman kepada Tauhid Uluhiyyah bermakna menolak segala selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah La ilaha illallah.

Keselarasan kedua-dua tauhid di atas amat penting untuk memastikan keimanan yang sejati terhadap Allah . Ini kerana Tauhid rububiyyah merupakan keyakinan yang bulat dalam bentuk pengakuan bahawa allah adalah sumber cipta. Sedangkan Tauhid Uluhiyyah pula adalah satu pengakuan bahawa yang wajib disembah hanyalah Allah, tidak ada yang boleh disembah dan dipatuhi selainNya.

3. Tauhid Asma’ Wa As-Sifat

Mengesakan nama-nama dan sifat-sifat Allah dengan maksud bahawa allah mempunyai sifat-sifat khusus yang maha mulia dan suci daripada sebarang bentuk kekurangan.

Keyakinan kepda ketiga-tiga tauhid ini memerlukan kepada pengisytiharaan yang merupakan prasyarat utama bagi memastikan seseorang itu benar-benar Islam. Pengisytiharaan itu disebut sebgai Shahadah

KONSEP SHAHADAH

Pengertian Shahadah
Shahadah bermaksud pengetahuan, penerangan , perkhabaran dan pernyataan. Kalimah Shahadah mengandungi pengertian ikrar, iktiraf dan iktikad iaitu pengakuan , pengiktirafan dan kepercayaan. Seseorang yang bershahadah mempercayai kebenaran apa yang dikhabarkannya. Dengan kata lain, dalam La Ilaha Illallah terdapat penafian dan penegasan atau ithbat. Yang dinafikan itu ialah tiap-tiap sesuatu daripada hakikat ketuhanan atau kedudukan sebagai Tuhan selain Allah. Kalimah pula megihtbatkan hakikat ketuhanan Tuhan yang Maha Esa lagi Tunggal iaitu allah.

Syahadatain merupakan pintu masuk Islam dan asas penting tegaknya Islam. Islam tidak tertegak jika dilaksanakan rukunya yang empat; dan segalarukun itu tidak tertegak jika tidak sempurna Syahadatain bahkan tidak ada Islam sebelum ada Syahadatain. Syahadatain adalah jiwa bagi Islam seumpama nyawa sebagai nadi kepada badan. Setiap anggota badan manusia tidak berperanan sebagai manusia hidup tanpa nyawa. Begitulah kalimah Syahadatain merupakan nyawa bagi setiap bahagian Islam. Amalan atau ibarat orang Islam yang tidak keranaNya ibarat menanam benih yang mati. Oleh itu amalan kebajikan orang kafir tiada harga di sisi allah kerana ia dianggap bangkai. Orang Islam yang amalannya soleh kerana kebajikannya banyak, sekiranya tiada roh Syahadatain adalah tidak diterima oleh Allah.

Mengucap Syahadatain adalah menjadi syarat dilakukan hokum dunia berhubung dengan seseorang Muslim seperti kehakiman , berimamkan solat, disembahyangkan bila mati juga ditanam di perkuburan Islam selama seseorang itu tidak melalkukan perkara-perkara membatalkan imin.
Seseorang yang melafazkan Syahadatain kerana uzur seperti bisu atau mati setelah beriman tetapi tidak sempat mengucapkan Syahadatain maka dia adalah mukmin. Orang yang mampu dan mempunyai masa mengucapkannya tetapi enggan dan keengganannya itu kerana ingkar , maka dia kafir. Soal hatinya bukan urusan kita, kalau hatinya membenarkan Islam dan segala hukumnya, maka mengikut Qaul Rajeh, dia beriman di sisi Allah dan tidak boleh dilakukan muamalah Ke atasnya sebagai Muslim kerana tidak diketahui imannya. Sesungguhnya apa yang disebut diatas ialah kepda orang-orang yang mahu menganut Islam. Orang yang dilahirkan Islam , ia dianggap Muslim selagimana tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.

Pengertian Ilah

Perkataan Ilah membawa beberapa pengertian yang saling melengkapi iaitu:

Ilah sebagai tempat tumpuan dan matlamat pengabdian

Ilah sebagai tempat perlindungan

Pengertian Ilah Ilah sebagai tumpuan kecintaan

Ilah sebagai pemberi rezeki

Ilah sebagai sumber perundangan



Tuntutan Shahadah

Apabila seseorang insane telah mengucapkan Syahadatain maka tertanggunglah ke atas pundaknya beberapa tanggungjawab sebagai membuktikan ikrar penyaksiannya terhadap ketuhanan Allah dan kerasulan Muhammad s.a.w. Disimpulkan bahawa tuntutan Syahadatain ialah mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya ( Imtithalu Awamirihi Wajtinabu Nawahiih). Ditampilkan juga di bawah tuntutan –tuntrutan lain yang perlu dilaksanakan oleh seseorang Muslim sebagai bukti keimanannya.

Melaksanakan semua Rukun Islam.
Berintima’ (menggabungkan) diri dengan Islam dari sudut aqidah , akhlak, keluarga dan ibadah.
Berintima’ kepada jamaah Islam.
Menegakkan pemerintahan Islam (daulah Islam) yang mendaulatkan hukum syarak.
Melaksanakan Al-Amr bil Ma’ruf Wan Nahyu Anil Munkar
Berusaha membentuk khilafah Islamiyyah.

20 Perkara Yang Membatalkan Shahadah

1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
2. Mengingkari nikmat kurniaan Allah.
3. Bekerja dan beramal kerana selain daripada Allah..
4. Mencipta undang-undang sendiri di luar kehendak dan ketentuan Allah s.w.t..
5. Taat kepada selain daripada Allah kecuali kepada sesiapa yang diperintahkan supaya taat kepadanya.
6. Menjalankan hukuman selain dari hukum Allah.
7. Benci dan menentang salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.
8. Mencintai dunia mengatasi akhirat.
9. Menghina al-quran dan As-Sunnah dan ulama’ yang menegakkannya atau mempersendakan hokum allah atau syi’ar Islam.
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
11. Tidak beriman dengan Al-Quran dan As-Sunnah atau hukum yang bersumber dengannya.
12. Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak menyintai orang mukmin.
13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
14. Susah untuk tegakkan Islam dan mudah untuk menegakkan syirik.
15. Menyatakan terdapatnya pertentangan antara ayat-ayat Al-Quran yang zahir dan isi kandungan yang terdapat dalam ayat tersebut.
16. Tidak mengetahui tentang makrifat Allah, serta ingkar sifat-sifat ketuhanan dan nama-namaNya.
17. Menafikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ajarannya serta menghina sifat-sifat mulia baginya atau tidak mengiktiqadkan baginda sebagai role model.
18. Mengkafirkan orang mukmin serta tidak mengkafirkan orang yang jelas kafirnya dan tidak menghalalkan perang ke atas mereka.
19. Melakukan upacara ibadah yang lain daripada Islam.
20. Mengerjakan ibadah bukan kerana Allah s.w.t.

KESIMPULAN

Sesiapa yang berpegang kepada aqidah dan membentuk kehidupannya menurut tuntutan-tuntutannya, maka akan selamatlah hidupnya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment